PROJEK RM6 BILION

PROJEK RM6 BILION
Transkripsi Live Coach Fadzil Hashim 13.2.2021

Kepada kawan-kawan yang dimuliakan oleh ALLAH swt kerana kita dipilih menjadi umat Nabi Muhammad saw. Saya nak ambil kesempatan untuk berkongsi tentang projek RM6 bilion. Projek ini sebenarnya telah kami ilham dan usahakan sejak 6 tahun yang lalu.
Insya-ALLAH momentum kita menjadi lebih kuat. Hampir setahun Malakat Mall dibuka, projek RM6 bilion ini adalah projek yang memfokuskan kepada penyatuan kuasabeli runcit.

APA ITU PROJEK RM6 BILION?
Keadaan ekonomi tak menentu hari ini, kerana terimpak teruk kesan daripada Covid 19. Hanya beberapa sektor sahaja yang boleh berkembang sementara yang lain hanya sekadar surviving mode. Maksudnya hidup segan mati tak mahu.
Contohnya pendidikan, tadika saya hanya cuba nak kekalkan sahaja. Nak berkembang sekarang dah tak boleh. Apa itu projek 6 bilion? Ia adalah projek membina nilai perniagaan yang bernilai RM6 bilion setahun. Seumur hidup, kita pernah tak kita terlibat dalam projek RM6 bilion?
Semua tuan puan termasuk saya pasti akan berbelanja barangan runcit. Kita pasti beli ayam, sayur, beras dan gula. Tapi hari ini kebanyakan daripada kita masih berbelanja di luar ekosistem kita ataupun dalam ekosistem orang lain.
Boleh ke saya nak terlibat dalam projek RM6 bilion? Boleh. Pertama sebagai pengguna yang kita hendak ikramkan menjadi pemilik bersama projek RM6 bilion ini. Kedua, sebagai usahawan yang mempunyai peranan yang lebih sedikit daripada pengguna dengan memperoleh pendapatan yang lebih banyak dalam projek ini.

Followers