PROJEK RM6 BILION

PROJEK RM6 BILION Transkripsi Live Coach Fadzil Hashim 13.2.2021

Kepada kawan-kawan yang dimuliakan oleh ALLAH swt kerana kita dipilih menjadi umat Nabi Muhammad saw. Saya nak ambil kesempatan untuk berkongsi tentang projek RM6 bilion. Projek ini sebenarnya telah kami ilham dan usahakan sejak 6 tahun yang lalu.
Insya-ALLAH momentum kita menjadi lebih kuat. Hampir setahun Malakat Mall dibuka, projek RM6 bilion ini adalah projek yang memfokuskan kepada penyatuan kuasabeli runcit.
APA ITU PROJEK RM6 BILION?
Keadaan ekonomi tak menentu hari ini, kerana terimpak teruk kesan daripada Covid 19. Hanya beberapa sektor sahaja yang boleh berkembang sementara yang lain hanya sekadar surviving mode. Maksudnya hidup segan mati tak mahu.
Contohnya pendidikan, tadika saya hanya cuba nak kekalkan sahaja. Nak berkembang sekarang dah tak boleh. Apa itu projek 6 bilion? Ia adalah projek membina nilai perniagaan yang bernilai RM6 bilion setahun. Seumur hidup, kita pernah tak kita terlibat dalam projek RM6 bilion?
Semua tuan puan termasuk saya pasti akan berbelanja barangan runcit. Kita pasti beli ayam, sayur, beras dan gula. Tapi hari ini kebanyakan daripada kita masih berbelanja di luar ekosistem kita ataupun dalam ekosistem orang lain.
Boleh ke saya nak terlibat dalam projek RM6 bilion? Boleh. Pertama sebagai pengguna yang kita hendak ikramkan menjadi pemilik bersama projek RM6 bilion ini. Kedua, sebagai usahawan yang mempunyai peranan yang lebih sedikit daripada pengguna dengan memperoleh pendapatan yang lebih banyak dalam projek ini.
BERBELANJA HANYA RM500 SAHAJA SEBULAN
Dengan projek RM6 bilion ini, satu keluarga berbelanja runcit RM500. RM500 untuk satu kedai Malakat Grocer kita menyasarkan boleh membekalkan barangan runcit untuk 1,000 keluarga. 1,000 keluarga dikali dengan belanja runcit RM500 sebulan, ia menjadi nilai RM500,000 sebulan bagi sebuah kedai.
RM500,000 sebulan kali dengan 12 bulan iaitu setahun, nilainya adalah RM6 juta jualan setahun. RM6 juta jualan satu kedai setahun untuk 1,000 keluarga kali dengan 1,000 kedai untuk satu negara, maka dapatlah RM 6 bilion.
Saya nak sebut 99 Speedmart sudah ada melebihi 1,000 buah kedai dan 7-Eleven 1,700 kedai. 99 Speedmart hanya jual barang kering. Dia tak jual tong gas. Tapi pada 2018, 99 Speedmart membuat jualan RM3.4 bilion.
PELUANG UNTUK AHLI KoPPIM
Jadi, Malakat Grocer hendak gerakkan kempen dengan menjadi pemilik bersama dengan cara menjadi ahli KoPPIM dengan permulaan RM100 sahaja. Bila jadi ahli KoPPIM, semua keuntungan kita sebahagiannya akan diberi kembali kepada ahli-ahli KoPPIM.
Jadi, para usahawan pula, apabila KoPPIM mendapat dana sumbangan tuan puan, mereka boleh bantu untuk kembangkan kedai dan mengembangkan rantaian perbekalan daripada pengilang kepada pengedar dan terus daripada peladang agar usahawan kita tidak lagi bergantung kepada pinjaman riba. Tak lagi bergantung pada pinjaman yang melanggar syarak samada mengambil dan membayar hutang riba. Jadi mereka mendapat rakan kongsi atau strategic partner, yang mana koperasi akan memberi modal atau capital expenditure.
Inilah RM6 bilion. Tuan puan satukan kekuatan runcit kita. Korbankan sikit. Sambil-sambil berbelanja itu, paling tidak RM300, tuan puan akan dapat tanah percuma di Muslim Village.
SASARAN 100 MALAKAT GROCER
Semalam kita dah lancarkan dua Malakat Grocer di Taman Kosas dan dekat hospital Ampang. Kita sekarang ada di Putra Perdana, Puchong dan Cyberjaya. Dan dalam masa terdekat ini kita rancang membuka 10 lagi outlet. Kita ada rakan kongsi yang dah tandatangani perjanjian dan insya-ALLAH sasaran kita paling kurang ialah 100 outlet baharu.
Ini tak termasuk kedai-kedai yang hendak tukar jenama atau pengambilalihan. Tapi kita hanya boleh buat dengan sokongan tuan puan dengan menjadi ahli kpperasi. Kalau tak jadi ahli koperasi pun paling tidak datanglah berbelanja di Malakat Grocer.
Kemudian boleh ambil hak tanah; selepas 5 tahun boleh dapat percuma plot tanah eco resort di Muslim Village. Jadi inilah RM6 bilion. Kalau selama ini kita tak boleh fikir macam mana nak buat.
Insya-ALLAH menjelang pertengahan tahun ini kita akan sampai ke Johor Bahru, sebab pada bulan 3 kita buka di Melaka. Jadi kita boleh fokus untuk JB sebab JB itu tempat yang kita boleh luaskan kuasa, mengambil semangat orang Johor!
AMBILALIH EKONOMI DARI SYARIKAT ASING
Doakan usaha sama-sama untuk kita ambil alih ekonomi daripada tangan syarikat asing untuk anak bini kita, cucu kita, untuk masa depan kita, untuk makanan halal sebab di Malakat Grocer, keunikannya ialah menyediakan makanan yang jelas halal, yang boleh dibeli, dimakan dan diguna tanpa was-was.
Kita juga menawarkan peluang untuk pengusaha-pengusaha Muslim masuk ke pasaran besar. Itu antara tujuan utama kita. Doakan pada ALLAH swt agar ramai-ramai dibuka hati untuk sama-sama dalam projek RM6 bilion.
Projek RM6 bilion ini projek besar. Bayangkan dekat peruncit aje RM6 bilion. Dekat pengedaran lagi RM 6 bilion dan dekat perladangan serta pengilangan, kalau kita dapat 50 % sahaja pun penggandaannya sangat-sangat besar.
MAMPUKAH KITA CAPAI TARGET INI?
Ada orang kata Coach ni buang masa aje. Sembang aje. Tak boleh buat, sebab orang lain kuat sangat. Tak apa. Biarlah mereka yang tak faham lagi, kita cuba dakwah kepada mereka. Kalau mereka tak mahu ikut tak mengapa. Kita jalan terus.
ALLAH dah tunjuk banyak contoh. Dua kedai yang kita ambilalih semalam, jualannya sehari ialah RM3,000. Itupun kita tak buat apa-apa lagi. Di sana tak ada produk BMF dan belum tak buat lagi kempen besar-besaran.
TAWARAN UNTUK ZAKIRIN INVESTOR
Kalau nak jadi zakirin investor pun boleh. Dia berdoa dan berzikir di rumah minta bantuan ALLAH agar manusia dibuka hati. Kedua, dengan jadi cybertrooper iaitu tentera digital marketing dengan copy, like dan share. Senang aje.
Kalau berminat, bioleh tinggalkan nombor atau nama kepada kita supaya team coach saya. Letak aje saya berminat nak jadi rakan kongsi zakirin, yang berzikir kepada ALLAH dan juga digital markeeteer yang copy, like dan share.
Semoga ALLAH beri kita kekuatan, satukan usaha dan risau fikir umat. Risau kita bukan sebab fikir orang kita tak cukup makan atau tak ada duit nak hidup. Kita risau fikir mengikut Nabi sebab nak menyelamatkan kita semua.
MENJAGA KELUARGA DARI API NERAKA
Ku anfusakum wa ahlikum nara - Jagalah diri kamu dan keluarga kamu dari api neraka. Jadi nak jaga dari api neraka ini macam mana? Caranya dengan menjaga agama. Kejayaan agama hanya ada pada mengamalkan agama yang sempurna, bukan sekadar jaga akidah. Tapi kita nak juga jaga akhlak, muamalah, muasyarah, cara kita bersosial dan sebagainya.
Semua usaha agama yang kita niatkan kepada ALLAH swt agar ALLAH swt bagi kita kejayaan dunia akhirat. Orang yang berjaya di akhirat pasti dan pasti dan pasti berjaya di dunia. Semoga ALLAH swt satukan risau fikir kita.
Agar ia membuahkan idea yang strategik untuk kita menyatukan usaha dan kekuatan kita yang sedikit yang ALLAH beri kepada kita. Agar ia menjadi peletup kepada semangat kebangitan Islam di dunia, khususnya di Malaysia.
Semoga ia akan membantu kita, anak cucu kita, adik beradik kita dan kita sendiri, insya-ALLAH sekarang dan masa akan datang.
Saya Coach Fadzil Khadam Ummah yang sanggup bekerja untuk anda demi ALLAH, agama, bangsa dan tanahair.
Apa yang perlu anda buat hanya...
SPEND . UNITE . FUND
.
SPEND - Membeli Dari Peniaga sesama Muslim (BMF)
UNITE - Bersatu Bersama menjadi anggota KoPPIM
FUND - Melanggan Secara Bulanan RM100 Di Dalam KoPPIM
.
Ayuh, bersama KoPPPIM! Sama-sama kita membina Ekonomi Islam Baru.
.
Daftar SEKARANG sebagai Anggota & Melanggan dalam Koperasi Pembangunan Pengguna Islam Malaysia (KoPPIM).

No comments :

Post a Comment

Followers