UBER


APA ITU UBER?

UBER adalah sebuah aplikasi di mana anda boleh menjana wang dengan mudah, hanya dengan menerima dan menyelesaikan permintaan perjalanan daripada penumpang di bandar anda. Anda boleh memandu dan mejana seberapa banyak yang anda mahu, kerana dengan Uber, anda adalah bos anda sendiri.

Uber adalah satu sistem pengangkutan alternatif baru pada masa kini dan sesiapa sahaja boleh menjadi rakan-pemandu Uber dengan hanya memandu kenderaan sendiri di samping dapat meraih pendapatan tambahan untuk menyara kehidupan. Perkhidmatan Uber kini dilihat menjadi satu bentuk baru gaya kehidupan masyarakat dunia khususnya pada penduduk bandar. 




Sebagai rakan-pemandu Uber, anda boleh menjana wang mengikut jadual anda, meneroka bandar anda dan mendapat bayaran mingguan dengan memandu kereta anda sendiri.



Anda boleh memandu dengan Uber pada bila-bila masa, siang atau malam, 365 hari setahun. Bila anda ingin memandu sentiasa terserah kepada anda, ia tidak akan mengganggu hal-hal penting dalam hidup anda.




Tambang perjalanan bermula dengan jumlah asas, kemudian meningkat dengan masa dan jarak. Dan apabila permintaan lebih tinggi daripada biasa, pemandu akan mendapat lebih banyak.

Dengan aplikasi yang disediakan, anda hanya perlu tap dan jalan. Anda akan mendapat arahan membeluk demi belukan, perkakasan yang membantu anda untuk mendapat lebih, dengan bantuan sokongan 24jam dan 7 hari seminggu. Sekiranya anda tidak mempunyai telefon pintar, Uber akan sediakan.


Aplikasi yang direka untuk pemandu


Apabila anda ingin menjana pendapatan, buka aplikasi dan anda akan mula menerima permintaan perjalanan. Anda akan mendapat maklumat tentang penumpang dan arah anda ke lokasi dan destinasi mereka. Apabila perjalanan tamat, anda akan menerima permintaan lain yang berdekatan. Dan jika anda bersedia untuk menamatkan pemanduan, anda boleh mendaftar keluar pada bila-bila masa.



Kerja Yang Mengutamakan anda...
Pandu Apabila Mahu, Dapatkan Yang Perlu

Pembayaran berlaku secara elektronik dengan Uber. Dengan memberikan butiran akaun perbankan, anda akan menerima pembayaran secara mingguan. Anda boleh mengakses penyata pembayaran anda pada bila-bila masa dengan melawat papan pemuka anda.


Rata-rata kebanyakan ibu kota di seluruh dunia telah mula berterima kasih di atas gaya baru kehidupan dalam perkhidmatan pengangkutan yang diperkenalkan oleh Uber.



Sumbangan Uber Kepada Pengguna.



i. Uber telah membantu mempermudahkan pengguna untuk menuju ke destinasi dengan menggunakan teknologi atas talian dan bersesuaian dengan era dunia kini yang serba canggih. Tiada lagi masalah untuk berpanas mengejar atau menunggu di bahu jalan untuk mendapatkan kenderaan awam.



ii. Faktor keselamatan pengguna lebih diutamakan di mana pengguna boleh berkongsi setiap detik perjalanan mereka secara langsung dengan orang yang tersayang sekaligus menutup ruang-ruang jenayah yang sering terjadi melibatkan perkhidmatan awam.


iii. Pengguna mampu memanfaatkan masa dalam kehidupan kerana tempoh menunggu yang singkat dan adakalanya tidak sampai lima minit menunggu ketibaan rakan-pemandu Uber.

Sumbangan Uber Kepada Pemandu.

i. Mewujudkan peluang menjana pendapatan tambahan mengikut kesesuaian masa terluang tanpa mengganggu urusan sediaada.

ii. Mewujudkan ruang membina jaringan kenalan baru samaada orang tempatan mahupun asing.

iii. Meningkatkan sifat keusahawanan pada setiap pemandu dan membina sifat daya saing yang sihat di kalangan pemandu.

iv. Membantu mengharumkan sektor pelancongan negara sekaligus membantu perkembangan ekonomi negara dengan menggalakkan perkhidmatan yang telus dan transparent kepada para pelancong tempatan mahupun antarabangsa.

v. Dapat memanfaatkan masa lapang yang terluang dengan menukarkannya kepada pendapatan tetap atau separuh masa.

Sumbangan Uber Kepada Sektor Perniagaan.

i. Mampu mengurangkan kos pengangkutan.

ii. Mempercepatkan proses komunikasi secara bersemuka antara entiti-entiti perniagaan.

iii. Memudahkan urusan 'claim' atau pengambilan semula kos pengankutan yang dibiayakan dahulu oleh seseorang perkerja kepada majikannya dengan adanya sistem bil pembayaran elektronik.

Sumbangan-sumbangan yang dinyatakan di atas hanyalah beberapa manfaat sahaja. Masih banyak manfaat yang lain yang menyumbang ke arah kesan positif terhadap penggunaan Uber. Mungkin anda sendiri ada ceritanya.

Pendaftaran adalah mudah

Daftar hari ini dan anda akan berada di jalan raya sebagairakan-pemandu Uber dalam masa yang singkat. Tambahan pula, pendaftaran akan mengambil masa kurang dari 4 minit. Jangan tunggu untuk mula membuat wang dengan kereta anda. Daftar di SINI


Selamat Maju Jaya!

No comments :

Post a Comment

Followers